PERASMIAN PUSAT JUALAN HPA ULU KLANG (26/07/09)



Pada hari Ahad 26 Julai sehari selepas KONVEK di Serdang, Majlis perasmian Pusat Jualan HPA yang ekslusif telah dibuka di Taman Permata Ulu Klang bersebelahan dengan Giant Ulu Klang. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohd Faisol Abd Rahman di premis perniagaan yang beralamat:

5B, Persiaran Permata,
Taman Permata Ulu Klang,
53300 Kuala Lumpur.

Premis kami yang terletak di tingkat 2, dengan kemudahan lif yang disediakan memudahkan orang ramai khususnya pengedar dari kawasan yang berhampiran untuk mendapatkan semua jenis produk HPA seperti Ayam Organik, Sate ayam organik segera, Aiskrim pelbagai perisa, barangan kegunaan harian dirumah, ubat-ubatan herba, makanan & minuman kesihatan dan banyak lagi produk keluaran muslim lainnya yang diakui kesucian dan kebersihannya seperti dodol dan krepek-krepek. Selain dari itu kami juga menyediakan perkhidmatan seperti Bekam,Urutan Tradisional dan juga Mendiagnos tapak tangan.Kami juga beroperasi selama 24jam untuk kemudahan ahli-ahli yang berada disekitar Ulu Klang.
Selesai upacara perasmian tetamu telah dihidangkan menu yang amat istimewa iaitu Nasi Ayam Bakar Organik sambil dibantu oleh komiti dari Nilai diketuai oleh Puan Siti Habibah Yusoff.Ucapan terima kasih kami kepada semua komiti Nilai yang bertungkus lumus dalam menjayakan perasmian ini.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah AGM/Pengurus HPA Zon Tengah Pn Siti Nor Hazliana, Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi, PJS Rosmandi Ishak, PJS Siti Habibah Yusoff, PJS Hj Marjuni, PJS Hj Zainal Ahmad, PJS Baharuddin Jantan dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis.





Dari kiri PJS Puan Siti Habibah Yusoff bersama suami PJS Encik Baharuddin Jantan. Dari kanan pemilik Pusat Jualan HPA Ulu Klang Puan Hamsiah Ja'afar bersama suami Encik Muhd Rizal Ahmad.

Telah Dirasmikan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohd Faisol Abd Rahman
Suasana didalam Pusat Jualan HPA Ulu Klang