13/08/09-Pakej Urutan Tradisional

Salam buat ahli-ahli HPA

Pusat Jualan kami telah menyediakan pakej urutan tradisional.
Antara pakej-pakejnya-

-Urutan satu badan.
-Rendaman kaki mengunakan Garam Bukit.
-Minuman Teh Herba.

Pakej urutan tradisional ini akan dikenakan bayaran sebanyak rm50 sahaja.
(Bermula hari Khamis sehingga hari Ahad)
Kepada sesiapa yang berminat bolehla hubungi En Rizal (012-2711787) atau Puan Hamsiah(012-3151010) untuk membuat temujanji. Insyallah

09/08/09

Salam..maaf terdapat kesilapan ada beberapa keping gambar pada suasana majlis perasmian(26/07/09) tidak di siarkan atas sebab masalah teknikal...kami memohon maaf sekali lg.Liputan selanjutnya akan diupdatekan dari semasa kesemasa...sekian terima kasih.

26/07/09-Suasana semasa perasmian


Kelihatan petugas-petugas Komiti Ulu Klang dan Komiti Nilai sedang sibuk memasang riben sebelum perasmian bermula

Kelihatan petugas-petugas Komiti Ulu Klang dan Komiti Nilai sedang sibuk menyusun meja dlm khemah dibawah bangunan.

Ketibaan Pengurus Besar AWM En Faisol Bin Abd Rahman dan disambut oleh wakil tuan rumah iaitu En Zulkifli(Otai).
Selesai merasmikan majlis tetamu-tetamu dibawa ke khemah yg disediakan dibawah utk menikmati makanan yg disediakan..Antara menu yg istimewa Nasi Ayam Bakar Organik.
Bergambar kenangan bersama Pengurus Besar AWM En Mohd Faisol Abd Rahman serta PJS-PJS yg hadir memberi dorongan dan semangat pada kami.
Post yang menarik daripada srikandi-srikandi Komiti Ulu Klang dan juga Komiti Nilai..



Alhamdulillah selesaila sudah majlis perasmian Pusat Jualan HPA Ulu Klang..Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur di atas kesudian Pengurus Besar AWM En Mohd Faisol Abd Rahman merasmikan Pusat Jualan HPA Ulu Klang..Ribuan terima kasih juga kepada PJS-PJS yg sudi hadir dan meluangkan masa datang ke Pusat Jualan kami..Dan semua Komiti Nilai pimpinan PJS Puan Siti Habibah diucapkan berbanyak-banyak ribuan terima kasih diatas kesudian dalam membantu kami dari mula hingga selesai majlis. Jasa anda tidak kami lupakan..Dan pada semua yang hadir diucapkan ribuan terima kasih..
RADIX BOLEH..GEMPURRRRRRRR..INSYALLAH....MELETUPPPPPPPPPP























.

..































































.
























































































































25/07/09-Kerja-kerja persiapan sebelum upacara perasmian







Salam buat semua...



Disini disertakan beberapa gambar kerja-kerja persiapan sehari sebelum upacara perasmian dimulakan.Kerja-kerja menaikkan signbord dimulakan pada sebelah petang dan berakhir pada sebelah mlmnya.



PERASMIAN PUSAT JUALAN HPA ULU KLANG (26/07/09)



Pada hari Ahad 26 Julai sehari selepas KONVEK di Serdang, Majlis perasmian Pusat Jualan HPA yang ekslusif telah dibuka di Taman Permata Ulu Klang bersebelahan dengan Giant Ulu Klang. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohd Faisol Abd Rahman di premis perniagaan yang beralamat:

5B, Persiaran Permata,
Taman Permata Ulu Klang,
53300 Kuala Lumpur.

Premis kami yang terletak di tingkat 2, dengan kemudahan lif yang disediakan memudahkan orang ramai khususnya pengedar dari kawasan yang berhampiran untuk mendapatkan semua jenis produk HPA seperti Ayam Organik, Sate ayam organik segera, Aiskrim pelbagai perisa, barangan kegunaan harian dirumah, ubat-ubatan herba, makanan & minuman kesihatan dan banyak lagi produk keluaran muslim lainnya yang diakui kesucian dan kebersihannya seperti dodol dan krepek-krepek. Selain dari itu kami juga menyediakan perkhidmatan seperti Bekam,Urutan Tradisional dan juga Mendiagnos tapak tangan.Kami juga beroperasi selama 24jam untuk kemudahan ahli-ahli yang berada disekitar Ulu Klang.
Selesai upacara perasmian tetamu telah dihidangkan menu yang amat istimewa iaitu Nasi Ayam Bakar Organik sambil dibantu oleh komiti dari Nilai diketuai oleh Puan Siti Habibah Yusoff.Ucapan terima kasih kami kepada semua komiti Nilai yang bertungkus lumus dalam menjayakan perasmian ini.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah AGM/Pengurus HPA Zon Tengah Pn Siti Nor Hazliana, Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi, PJS Rosmandi Ishak, PJS Siti Habibah Yusoff, PJS Hj Marjuni, PJS Hj Zainal Ahmad, PJS Baharuddin Jantan dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis.





Dari kiri PJS Puan Siti Habibah Yusoff bersama suami PJS Encik Baharuddin Jantan. Dari kanan pemilik Pusat Jualan HPA Ulu Klang Puan Hamsiah Ja'afar bersama suami Encik Muhd Rizal Ahmad.

Telah Dirasmikan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohd Faisol Abd Rahman
Suasana didalam Pusat Jualan HPA Ulu Klang

Perasmian Pembukaan Pusat Jualan HPA Ulu Klang

Assalammualaikum...
Dengan rasa kesyukuran dan penuh takzim kami menjemput ke majlis perasmian Pusat Jualan HPA Ulu Klang di alamat 5B Persiaran Permata Tmn Permata 53300 Kuala Lumpur.
Pada 26 July 2009 (ahad) bermula jam 9.00pagi.

Majlis ini akan dirasmikan oleh YBHG En Faisol Bin Abd Rahman.(Pengurus Besar
Al-Wahida Marketing Sdn Bhd.


Aturcara Majlis:

08.00am- Kehadiran tetamu/Kehadiran wakil anak-anak yatim
09.00am- Kehadiran PJS-PJS
09.30am- Ucapan Pengerusi/Wakil Pusat Jualan
10.00am- Ucapan dan Perasmian oleh YBHG En Faisol Bin Abd Rahman.(Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd).
10.45am- Jualan Amal
11.15am- Jamuan makan(Nasi Ayam Organik)


Semoga kehadiran tuan tuan dan puan puan akan membawa keberkatan dan merapatkan ikatan ukhwah antara kita sejajar dengan misi kita memastikan produk HPA menjadi produk pilihan keluarga setiap rumah.

Sekian terima kasih.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Hamsiah (012-3151010/016-2616900) En Rizal(012-2711787) En Ustaz Ishraqi(018-3995756)

BEREKONOMI DALAM URUSAN PERBELANJAAN

HADIS
Daripada Ibn Umar r.a, Rasulallah s.a.w bersabda:

Maksudnya : " Berekonomi dalam nafkah adalah separuh kehidupan dan perasaan kasih sayang sesama manusia adalah separuh akal ,dan persoalan yang baik adalah separuh ilmu .

HADIS
Rasullah s.a.w bersabda :

Manusia yang paling berdukacita pada hari kiamat kelak ialah org yang berusaha mencari harta yang tidak halal ( haram ) .Maka ia akan masuk dengan sebab itu ke neraka .

Hadis ini di riwayatkan oleh Imam Al - Bukhari .

Pusat Jualan Ulu Klang Tmn Permata

ALHAMDULILLAH ,

ALLAH S.W.T TELAH MEMBERI KAMI PELUANG MENJADI SALAH SATU PUSAT JUALAN HPA ULU KLANG ,KAMI MEMPERJUANGKAN PRODUK HALAL SEBAGAI SATU IBADAT ,MARILAH BERSAMA KAMI MEMPERJUANGKAN PRODUK HALAL DEMI AGAMA , BANGSA DAN NEGARA


KAMI TELAH BEROPERASI DI ALAMAT :

5B, JALAN PERSIARAN PERMATA,
TAMAN PERMATA , 53300,
KUALA LUMPUR .

Bersebelahan Giant Taman Permata.

016 261 6900 / 013 2850 627/ 012 271 1787

Peta Pusat Jualan HPA Ulu Klang

http://shamhardy.com/